AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998
Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 78 Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

BAHAGIAN IV, AM

44. Notis untuk menghendaki butiran, dokumen atau maklumat
(1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang berkaitan dengan atau terlibat dalam mana-mana aspek industri minyak sawit untuk memberikan atau mengemukakan kepadanya atau pegawai diberi kuasa itu apa-apa butir, dokumen atau maklumat berhubungan dengan industri kelapa sawit yang pada pengetahuan orang itu atau yang dia boleh secara munasabah memperolehnya.

(2) Notis di bawah subperaturan (1) boleh mengkehendaki butir-butir, dokumen atau maklumat diberikan pada masa yang dinyatakan atau dalam lat tempoh tertentu.

(3) Sesuatu notis boleh menghendaki seseorang yang tiada pengetahuan mengenai butir-butir, dokumen atau maklumat atau tidak boleh mendapatkan butir-butir, dokumen atau maklumat itu untuk memberikan atau mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa anggaran yang terbaik mengenai butir-butir, dokumen atau maklumat itu.

(4) Mana-mana orang yang -
(a) tidak mematuhi kehendak-kehendak notis di bawah peraturan ini; atau
(b) dengan diketahuinya atau melulu memberikan atau mengemukakan atau menyebabkan diberikan atau dikemukakan apa-apa butir, dokumen atau maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat atau tidak benar yang dinyatakan dalam notis itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998
Malaysian Palm Oil Board Regulations 2005

IN exercise of the powers conferred by section 78 of the Malaysian Palm Oil Board Act 1998 [Act 582], the Minister makes the following regulations:
PART IV, GENERAL
44. Notice to require particulars, document or information

(1) The Director General or any authorized officer may, by notice in writing require any person connected with or involved in any aspect of the oil palm industry to furnish or submit to him or such authorized officer any particulars, document or information relating to the oil palm industry which is within that person's knowledge or which he is reasonably able to obtain.

(2) The notice under subregulation (1) may require the particulars, document or information to be furnished at specified times or within specified intervals.

(3) A notice may require a person who has no knowledge of the particulars, document, or information or is unable to obtain the said particulars, document or information to furnish or submit to the Director General or the authorized officer the best estimates of the particulars, document or information.

(4) Any person who-

    1. (a) fails to comply with the requirements of a notice under this regulation;
    2. (b) knowingly or recklessly submits or furnishes or causes to be submitted or furnished any incomplete,inaccurate or untrue in any particulars, document or information, commits an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.