Lembaga Minyak Sawit Malaysia

MALAYSIAN PALM OIL BOARD (MPOB)

 

PELAWAAN ULASAN UMUM

 

(A)       CADANGAN TAMBAHAN SYARAT LESEN

(B)       CADANGAN TAMBAHAN KRITERIA LESEN

 

KATEGORI LESEN YANG TERLIBAT:

  1. KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF)
  2. ESTET (ET)
  3. KEBUN KECIL (SH)

 

Selari dengan perkembangan pesat industri sawit di Malaysia, MPOB sentiasa menjalankan kajian dan semakan semula undang-undang dan polisi yang mentadbir industri ini. Bagi memastikan industri sawit Malaysia bergerak seiring dengan permintaan sawit dunia, pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) akan dimandatorikan pada ketetapan berikut:

 

A. TAMBAHAN SYARAT LESEN

Kategori Terlibat

Tarikh Kuatkuasa

Kilang Buah Kelapa Sawit (MF) dan Estet (ET) yang sedia mempunyai pensijilan RSPO

1 Januari 2019

Kilang Buah Kelapa Sawit (MF) dan Estet (ET) yang tiada pensijilan RSPO

1 Julai 2019

Kebun Kecil (SH)

1 Januari 2020

 

B. TAMBAHAN KRITERIA LESEN

Kategori Terlibat

Tarikh Kuatkuasa

Kilang Buah Kelapa Sawit (MF) dan Estet (ET)

1 Julai 2019

Kebun Kecil (SH)

1 Januari 2020

 

Ulasan/komen terhadap cadangan-cadangan ini terbuka kepada umum selama 30 hari bermula dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018. Tuan/puan boleh menyalurkan ulasan dan justifikasi terhadap ulasan tuan/puan menggunakan Borang Ulasan Umum yang disediakan.

 

Pendapat tuan/puan sangat dihargai bagi menyumbang kepada kelestarian industri sawit Malaysia. Setiap ulasan tuan/puan akan dikaji dengan teliti.

 

Terima kasih atas perhatian tuan/puan.

 

Sila klik lampiran di bawah:

Cadangan Tambahan Syarat Lesen dan Kriteria Lesen

Borang Ulasan Umum Tambahan Syarat Lesen dan Kriteria Lesen